Monday, November 8, 2010

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah ini diasaskan pada 20.10.1945 dengan cantuman dua buah sekolah tempatan iaitu Sekolah Rendah Yu Chye dan Sekolah Rendah Yu Ying. Sekolah Rendah Yu Chye diasaskan pada 20.01.1933 dan Sekolah Rendah Yu Ying diasaskan pada 10.01.1935. Semasa Perang Dunia Kedua, Negeri Melaka dijajahi oleh orang Jepun, maka Sekolah Rendah Yu Chye dan Sekolah Yu Ying terpaksa ditutup.
Pada tahun 1945, orang Jepun menyerah diri dan orang Inggeris menjajahi Tanah Melayu semula. Pemimpin-pemimpin tempatan iaitu En. Huang Wei Guo, En. Kek Zhi Chuan, En. Lian Si Sheng, dan En. Lim Kok Song bercadang mencantumkan Sekolah Rendah Yu Chye dan Sekolah Rendah Yu Ying supaya anak-anak kita dapat menerima pendidikan dengan lebih berkesan. En. Huang Wei Guo dan En. Kek Zhi Chuan ditugaskan untuk mengadakan Mesyuarat Penduduk-penduduk Tempatan. Cadangan berkenaan diluluskan sebulat suara. Mesyuarat ini juga memberi nama kepada sekolah cantuman ini sebagai Sekolah Rendah Ying Chye iaitu "Ying" diambil daripada "Yu Ying" dan "Chye" diambil daripada "Yu Chye".
Sejak Sekolah Rendah Ying Chye ditubuhkan, seramai 7 orang telah dipelawa oleh Lembaga Pengelora Sekolah untuk menjalankan tugas sebagai guru besar, mereka adalah seperti berikut:
En. He De Ming Oktober 1945 - Mac 1946
En. Lee zhen Lie April 1946 - Akhir tahun 1946
Pn. Wang Yu Ying 1947
Pn. Tam Yu Qun 1948
En. Lim Cang Wu 1949
En. Xing Jun Yu 1950
En. Yang Da Jin 1951 - 1964
Pada bulan Julai 1952, permohonan "Bantuan Penuh Bayaran Gagi" telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan.
Dalam bulan Jun 1953, pegawai Pengurus Kaum Cina En. Situ Bo Lan meminjamkan Dewan Mesyuarat Kampung Baru Bukit Rambai kepada sekolah ini sebagai bangunan sekolah. Beliau juga memperuntukkan wang yang memcukupi dari Tabung Pendidikan Orang-orang Cina Melaka kepada sekolah ini untuk memperbaiki bilik darjah, membeli meja kerusi pelajar, membina gelanggang permainan bola keranjang dan padang bola sepak.
Bilangan pelajar sekolah ini telah bertambah daripada 84 orang pada tahun 1954 kepada 107 orang pada tahun 1956. Oleh sebab itu bilik darjah tidak mencukupi . En. Lian Si Sheng , En. Lim Zang Cheng, En. Lim Kok Song dan, En. Kek Zhi Chuan bercadang membina bangunan baru di tapak sekolah yang asal yang seluas 3 ekar. Maka Jawatankuasa Pembangunan Sekolah ditubuhkan untuk mengutip derma. Derma yang dikutip melebihi 32,000.00 ringgit.
Pada bulan April 1957, bangunan baru iaitu enam buah bilik darjah dan sebuah asrama guru disiapkan. Bangunan baru mula digunakan pada bulan Mei. Ketika itu bilangan pelajar telah meningkat sehingga 135 orang. Darjah 4,5, dan 6 merupakan kelas bercantum.
Pada bulan Julai 1957, permohonan "Bantuan Penuh Bayaran Gagi" telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan. Pada 4.1.1959, bangunan baru dirasmikan oleh T.Y.T. Gabenor Melaka Tun Liang Yu Gao.
Pada 18.11.1963, guru besar yang ketujuh En. Yang Da Jin bersara. Jawatan guru besar disandang oleh En. Kek Tay Ying pada 1.5.1964.
Pada 13.03.1978, sebuah bangunan sekolah ini terbakar. Pihak sekolah terpaksa menjalankan persekolahan 2 sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Perkara ini bukan sahaja menyulitkan pentadbiran sekolah juga mengganggu pengajaran dan pembelajaran para pelajar. Oleh demikian, Lembaga Pengelora
Sekolah meluluskan suatu usul iaitu membina sebuah bangunan dua tingkat di tapak yang sama untuk menggantikan bangunan yang terbakar itu. Perbelanjaan pembangunan melebihi RM100,000.00. Kementerian Pendidikan Malaysia memperuntukkan wang sebanyak RM59,000.00. Yayasan Lee, Yayasan Shaw dan MCA Melaka masing-masing menderma RM8,000.00, RM5,000.00 dan RM2,000.00. Datuk-datuk, datin-datin, syarikat-syarikat dan lain-lain budiman juga menyumbang dengan ikhlasnya. Dengan usaha dan kerjasama semua pihak, bangunan baru telahpun disiapkan.
Pada 17.04.1982, bangunan baru ini dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Tan Sri Chong Han Yuan.
Pada 16.08.1991, En. Bong Swee telah memegang jawatan guru besar setelah En. Kek Tay Eng bersara. Dalam tahun yang sama, pihak sekolah berusaha mendapatkan peruntukan dan derma sebanyak RM120,000.00 untuk membina sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi 4 buah bilik. Bangunan ini digunakan sebagai Pusat Sumber Sekolah. Peruntukan Kementerian Pendidikan berjumlah RM40,000.00. Dermaan penduduk tempatan melebihi RM10,000.00. Hasil dari jualan tiket "Konsert 10 Penyanyi Terkenal" sebanyak RM40,000.00.
Bangunan Pusat Sumber disiapkan dalam bulan April 1992. Kementerian Pendidikan memberi peruntukan khas sebanyak RM10,000.00 untuk kegunaan membeli alat dan kelengkapan.
Dalam tahun 1995, sekolah ini mendapat peruntukan khas daripada Kementerian Pendidikan untuk membaiki dan mengecat semula bangunan selolah.
En. Tan Boon Heng menyandang jawatan guru besar pada 16.09.1997 setelah En. Bong Swee bersara. Pada 05.08.1998, sekolah ini berjaya mengadakan "Konsert Tiger" dan telah mendirikan Tabung Komputer dan Pendidikan sebanyak RM100,000.00